sambal belacan


sambal belacan
Originally uploaded by KOleksi IBu


dulu masa bujang ibu tak suka makan sambal belacan.. konon2 tak tahan pedas. Tapi lepas kahwin dengan en ayah, hampir hari2 kena buat sambal belacan untuk en ayah.. bila dah buat takkan le ibu tengok jer...

bahan-bahan :

segenggam cili api kampung (yang halus2 tu) +- 25-30 biji
kalo takde boleh guna cili api yang biasa tu, dalam 7-9 biji (petua orang2 tua, guna dalam bilangan ganjil, jadi takle pedas sangat)
belacan sebesar ibu jari (dibakar dulu ya.. baru harum baunya)
1 biji cili masak (untuk yang tak begitu tahan pedas)
1-2 biji limau kasturi
1/2 biji tomato, dipotong nipis (dadu pun boleh, ikut suka lah)
sedikit garam (pilihan, tak letak pun tak aper)


cara-cara :

1. masukkan cili api dan belacan, tumbuk
2. masukkan cili masak (potong le kecik2, senang nak tumbuk)
3. bila semua cili dah lumat, masukkan tomato & tumbuk sikit2
4. perah limau kasturi, dah sedia untuk di hidangkan..


* sedap dimakan bersama ulam-ulaman

No comments: