cucur kucai


cucur kucai
Originally uploaded by KOleksi IBu


cucur pula merupakan makan petang @ sarapan yang paling senang untuk dibuat. Dulu semasa ibu kecik2 dan hidup susah, memang cucurlah hari-hari yang makbonda masak. Jadi untuk kami adik-beradik cucur ni sudah sebati dengan kami, dan kami tak pernah jemu makan cucur. Dan kini cucur ni pun sudah dipelbagaikan.


bahan-bahan :

300 gm tepung gandum (setiap kali masak ibu akan guna 1/3 daripada 1 kg tepung gandum cap sauh)
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
6-7 batang kucai, dipotong sepanjang 1 cm (+-)
air dan garam 1 sudu kecil

cara-cara :

1. masukkan tepung dalam bekas bersama telur, kemudian kacaukan
2. kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan dikacaugaul sehingga tidak berbiji2, air juga agak2 lah, jangan ler sampai lembik.. kalo nak cucur lebih lembut, bancuh tepung dengan air suam @ sedikit panas
3. setelah bancuhan dah elok sebati masukkan serbuk kunyit dan dikacau rata
4. kemudian masukkan kucai dan dikacau rata
5. panaskan minyak dan dijemput-jemput kan dengan tangan atau sudu. Ibu guna tangan jer.. baru le namanya air tangan ibu.
6. dibalik-balik2 kan & masak sehingga warna perang keemasan.
7. sedia dihidangkan, sedap dimakan dengan sambal tumis ataupun mayonis bersos


sesuai sebagai snek untuk minum pagi atau petang

No comments: