keateow goreng


keateow goreng
Originally uploaded by KOleksi IBu

ini juga menu kesukaan keluarga.. terutama ibu & ayah lah..

cara ibu memasak tidak lah rigid.. guna kan apa sahaja bahan yang ada lam peti sejuk.

bahan-bahan :

ayam dipotong dadu nipis2 & kecil-kecil
daging, juga dipotong nipis2 dan halus2, pilihan jika tiada ayam
5-6 ekor udang yang sederhana besar, dipotong belakang, tak perlu buang kulit
kerang yang sudah direbus dan diperisi
2-3 genggam taugeh
1 batang carot @ lobak merah, dihiris halus
6-7 batang daun kucai
1 bungkus keateow (suka hati nak yang halus @ yg biasa)
kicap (yang biasa jer..ikut suka jenama apa, ibu guna kicap tamin)
sos tiram
1 biji buah tomato dipotong dadu @ kecil2
1 labu bawang besar, dipotong dadu
2 ulas bawang putih, diketuk dan dipotong halus2
2 biji telur, dipukul sedikit
1 sudu makan cili giling (ibu guna cili giling puteri)
1 sudu kecil garam

cara-cara nya :

1. panaskan minyak & tumis bawang putih & bawang merah yang didadu sehingga naik bau., masukkan 1 sudu kecil garam
2. masukkan 1 sudu cili giling, tumis hingga garing
3. masukkan daging @ ayam yang telah dipotong nipis
4. masukkan sos tiram 1-2 sudu makan
5. masukkan sedikit kicap (agak2 dalam 2-3 sudu makan) supaya daging @ ayam cepat masak & lembut.
6. masukkan tomato, biar sehingga ayam agak lembut (agak2 lah isinya sudah masak), jika suka keatoew yang basah, masukkan 1/2 cawan air
7. masukkan udang, gaul agak2 1 minit @ sehingga udang bertukar menjadi merah.
8. masukkan telur yang sudah dipukul, ala2 seperti nak buat telur dadar tu, masak sehingga telur nampak sudah sebati.. 2-3 minit ajer..
9. masukkan keateow, taugeh, kucai, hirisan lobak merah dan kerang rebus
10. masukkan kicap.. ikut suka masing2 lah yer.. kalo nak lebih ireng@hitam warna keateownyer boleh la boh lebih.. gaul sebati sehingga masak..
11. siap untuk dihidangkan. 1 bungkus keateow sesuai utk 4 orang makan. Jika suka boleh dihidangkan dengan cili api potong berkicap.



No comments: