karipap ibu





Untuk inti :
2-3 biji kentang saiz sederhana (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang kecil/merah * (ditumbuk)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu makan serbuk kari
1 tangkai daun kari (supaya bau wangi.. kalo xde pun x jadi masalah)
sedikit ikan bilis yang ditumbuk halus
1 senduk minyak untuk menumis
1 cawan air
garam secukup rasa
1 sudu gula

cara :
1. tumis bawang yang ditumbuk.. sampai naik bau & kekuningan,
2. masukkan daun kari
3. masukkan serbuk kari... masak hingga garing.. masukkan sedikit air
4. masukkan kentang & 1 cawan air, masak sehingga kentang empuk (jgn lembik ya..)
5. masukkan ikan bilis & bawang yang didadu, dan juga garam.. masak sehingga hampir kering..
6. taburkan gula & gaul rata sehingga betul-betul kering.

kulit nya :
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan mentega/butter/margerin
air secukupnya

cara nya :
1. gaul margerin dengan tepung.. sehingga rata
2. masukkan air sedikit demi sedikit.. dah uli dok sehingga tidak melekat pada tangan..
3. bulat2 kan doh sebesar guli (guli batu yg putih tu)

lastly :
1. canaikan doh nipis2 abt 2-3mm .. letakkan atas acuan, jika tiada acuan, boleh guna gelas untuk buat bentuk bulat..
2. masukkan inti, ikut saiz acuan ya... suka hati nak banyak @ sikit..
3. walaupun guna acu.. sila kelim tepinya.. sebab kalo tak kelim, nanti akan terburai isi semasa menggoreng

menggoreng :
1. panaskan minyak.. api sedrhana
2. masukkan karipap sebelum minyak betul2 panas.. tujuan supaya rupanya tak jadi macam katak puru..
3. kemudian harus kerap2 dibalik-balik kan... jangan dibiarkan lama2..
4. bila dah warna perang keemasan @ nampak garing.. boleh la di angkat & dihidangkan..

No comments: