Add caption |
1) Setengah paket Biskut Marie (boleh jugak pakai biskut kesukaan masing-masing)
2) Butter (setengah bar - kalau pakai 250g punya)
3) Susu pekat - 1 cawan
4) Telur - 1 biji
5) Esen vanila - sikit saja, dalam 5 ~ 6 titik
6) Serbuk koko - 2 sudu besar
7) Milo - 1 1/2 cawan
Cara-cara:
1) Campurkan butter, susu, telur, dan esen vanila dalam periuk. Masakkan di atas api yang perlahan sehingga butter cair dan larut bersama telur, susu, dan esen vanila.
2) Masukkan serbuk koko dan milo, dan kacau sehingga semua larut bersama.
3) Masukkan biskut Marie. Kacau sambil patahkan biskut dalam periuk. Bila dah semua biskut dah sebati dengan bancuhan coklat kita tadi, tutup api.
4)Masukkan dalam bekas atau loyang. Padatkan dalam bekas. Biarkan sejuk sebentar, kemudian masukkan dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment